Wednesday, 21 December 2011

Fakta tentang NIKAH DULU, SANDING kemudian dn juga HUKUM adat BERSANDING..

NIKAH GANTUNG mengikut KAMUS utusan (pesuruh) Iblis laknatullah’alaih bermaksud sesuatu pernikahan yang cukup syarat dan rukunnya, yang dijalankan oleh pasangan pengantin tetapi TIDAK BOLEH disentuh, disetubuhi dan tinggal bersama sehinggalah walimatul 'urus di adakan pada hari yang ditetapkan berminggu-minggu dan berbulan-bulan lamanya selepas hari pernikahan. 


Telah sahih, sah, nyata, jelas dan terang bahawa TIDAK ADA satu nas, sanad, isytisyhad qat'ie mahupun riwayat yang menyebut di dalam Islam itu ada rukun NIKAH GANTUNG! Mengapalah bangsa MELAYU kita ini masih berfahaman jahiliyah; cuba menonjolkan kelemahan, kedangkalan dan kecetekan permikiran. Perkara asas (basic principle; fundamentals principle) ilmu ISLAM itu sendiri pun gagal kita serap dan hadam. Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan Allah swt., Mauqif Hakikat, Hakikat Makrifat mengenal Allah swt. ataupun Ilmu Tauhid? Bagaimana dengan pegangan syahadah yang kita ucap sewaktu kita beriya-iya duduk antara dua sujud? (itu pun kalau kita solat) 


Sanad Malaikat Jibaril as. mengatakan AGAMA terdiri dari TIGA tingkat; ISLAM, IMAN dan IHSAN. IHSAN mencakupi ISLAM dan IMAN. Sedang IMAN pula mencakupi ISLAM dan ISLAM itu sendiri menuntut dasar KEIMANAN. 


Di dalam sanad riwayat Umar ibni al-Khattab ra.: 


Bahawa Malaikat Jibril as. pernah bertanya kepada Muhammad saw. mengenai ISLAM dan IMAN. Jawab Baginda saw. "Islam adalah engkau bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh (utusan) Allah; mendirikan (menegakkan) solat; menunaikan zakat; puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah" 


Cubalah perkara-perkara yang TIDAK ADA di dalam ISLAM itu JANGAN diada-adakan dan yang HARAM serta yang SYIRIK itu jangan cuba untuk DIHALALKAN. Perkara-perkara sebegini (bidaah) adalah salah dan jika terus kita amalkan boleh jadi kufur hati, lidah dan perbuatan. Adakah anda (pengamal NIKAH GANTUNG dan sebangsa dengan bidaah lain) berasa BANGGA dan BERJIWA BESAR kerana bertanggungjawab mengHALALkan benda-benda yang HARAM? Suka jadi SYIRIK ke? 


Cuba saudari yang bertanya atau sahabat yang lain periksa balik RUKUN NIKAH. Ada lima iaitu LELAKI, PEREMPUAN, WALI, DUA ORANG SAKSI dan IJAB DAN QABUL. Tidak ada pun NIKAH GANTUNG disebut di dalam RUKUN NIKAH! Jadi mana lebihnya NIKAH GANTUNG yang kita pandai-pandai nak berikan HAKNYA? 


Kedua-dua suami isteri yang telah ijab dan qabul adalah pasangan yang SAH di dalam ISLAM dan boleh melakukan hubungan suami isteri yang SAH juga di dalam ISLAM. Sudah ditetapkan di dalam syariat dan hukum Islam apabila ijab dan qabul sudah dilafazkan dan disahkan, maka termetrilah (avow; affirm) lelaki dan perempuan itu tadi sebagai suami isteri yang SAH; HALAL bagi mereka apa yang diharamkan sebelum ini seperti melakukan hubungan kelamin; Ad-Dukhuul (sexual relation) dan BUKAN itu sahaja. Banyak lagi tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan sebagai suami isteri; tanggungjawab suami kepada isteri; tanggungjawab isteri kepada suami, tanggungjawab kepada anak-anak; nafkah dan sebagainya. 


Akad pernikahan itu juga menunjukkan satu garis sempadan yang membezakan seseorang itu bujang atau berkahwin dan yang HARAM menjadi HALAL. Sebaik sahaja terjadinya pernikahan yang SAH, maka semua tanggungjawab dan hak-hak suami isteri diguna pakai ke atas pasangan yang bernikah. Dengan kerana itu, cukup jelas dan nyata bahawasanya NIKAH GANTUNG TIDAK ADA di dalam ISLAM dan bukannya berasal dari amalan ajaran ISLAM yang sebenarnya. 


Bercampur baur perasaan saya; marah, celaru, nak pitam dan nak gelak pun ada apabila membaca jawapan ayah saudari yang bertanya tadi. “…..takut TERMENGANDUNG dan KALAU NAK NAMPAK CANTIK MASA BERSANDING NANTI SABAR LAH UNTKU BERSAMA… saya rasa rancangan ayah saya macam tak masuk akal.. bayangkan berapa bulan harus kami berasingan sehingga bulan 8. setakat ni bakal saya tidak dapat berkata apa.. Cuma katanya selagi boleh bersabar dengan keputusan ayah saya.. selagi tu la boleh dia terima…..” 


Memang benar apa yang telah saya tulis pada edisi yang lalu…..”Memaksa satu-satu masyarakat yang telah kekal lama dalam bingkai estetik budaya amalan lama yang diwarisi dari zaman nenek moyang keluar kepada yang baru lagi benar, lebih Islamik dan lebih sunnahnya adalah agak payah, sukar dan kebiasaannya pasti mengundang tentangan, bangkangan serta diperlekehkan. Ini adalah kerana aspek-aspek amalan yang tidak bertepatan dan tersasar ini telah dikunyah hadam oleh setiap pengamalnya sehingga menjadi darah dan daging seluruh keturunan. 


Sejarah telah membuktikan bahawa menghadapi perkara-perkara yang telah keluar dari kerangka lama yang kebiasaannya bercirikan lebih Islamik adalah suatu terlebih keluarbiasanya dan dilabel kurang ajar di sudut assesses adat dan budaya pengamalnya. Keluarbiasaan ini timbul dari cabaran-cabaran tradisional doktrin, dogma dan tenet ortodoks yang memang telah lama sebati terlekat dan melekat di kalangan masyarakat Melayu…..” 


Berzuriat atau tidak, termengandung atau tidak (enceinte) itu semua urusan dan rahsia Allah swt. di Luh Mahfuz dan di alam malakut. Tidak perlulah ayah saudari risau-risau kerana baik ayah saudari mahupun sesiapa sahaja tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mengetahui rahsia Allah swt. 


Sejujurnya, saya TIDAK AKAN dan SUKAR untuk menghormati orang tua yang masih percaya kepada perkara-perkara khurafat, cerita karut-marut serta percakapan dan amalan yang tidak betul sama sekali mengikut kehendak pengisian ISLAM itu sendiri. Bagaimana harus saya hormati jika dirinya yang sudah tua pun tidak dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Seperti ayah saudari yang bertanya yang hendak sesangat SERI dan CANTIK masa BERSANDING (satu lagi budaya sesat lagi haram yang sudah pun diHALALKAN). Memang tidak masuk diakal bagi mereka-mereka yang berakal sempurna. Ketahuilah sahabat semua, khurafat sebenarnya adalah budaya orang JAHILIAH yang direka-reka dan diadakan untuk menutup satu keaiban tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala-bencana atau membawa tuah keuntungan. 


Saya nak bertanya pula, apakah melakukan hubungan SAH suami isteri bakal mengundang bencana dan hilang seri wajah pengantinnya? Kalau benarlah, mana sanadnya, mana perawinya? Iblis laknatullah’alaih? 


Kepercayaan NIKAH GANTUNG cukup MELEKAT, SEBATI, SEDARAH dan BERBUDAYA di kalangan bangsa Melayu yang terbawa-bawa dengan budaya Jahiliah sehingga sekarang ini walhal semua itu adalah khurafat belaka. Itulah saya tanya tadi, suka jadi SYIRIK ke? Cuba sahabat semua renung dan fahamkan beberapa dalil yang saya sisipkan di bawah ini. 


Firman Allah swt. di Surah Al-Baqarah ayat 170 dan 171 


[170] Dan apabila dikatakan kepada mereka "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? 


[171] Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya 


Allah swt. berfirman di dalam Surah Al-A'raaf ayat 33 


[33] Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. 


Firman Allah swt. ayat 116 Surah Al-An'aam 


[116] Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta 


Di dalam Surah Al-A'raaf ayat 158 Allah swt. berfirman 


[158] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia (Muhammad), supaya kamu beroleh hidayah petunjuk" 


Firman Allah swt. lagi di dalam Surah Yunus ayat 36 


[36] Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan 


Surah An-Najm ayat 28 firman Allah swt. 


[28] Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad) 


Kesimpulan dan peringatan semua, di dalam ISLAM TIDAK ADA ISTILAH, TIDAK ADA RIWAYAT ataupun NAS DALIL NIKAH GANTUNG. 


Dengan izin. Dikesempatan ini juga saya ingin menyentuh sedikit dengan satu lagi budaya (BUKAN DIBACA AJARAN ISLAM) jahiliah (saya tidak mahu sebut agama mana kerana sahabat semua sudah lebih maklum) yang disalin bulat-bulat dan berbudaya serta beradat bagi sesetengah bangsa Melayu kita iaitu ADAT BERSANDING. 


Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat iaitu NIAT kita itu jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat DAN JUGA jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat. 


Manalah tidak jatuhnya HARAM. Di MULUT, di BIBIR dan di LIDAH sebut nak buat sandingan sebab kerana perkara yang saya sebut di atas TETAPI diHATI lebih kepada satu bentuk riak dan kebanggaan (janganlah nak kata MANA ADA macam tu. Saya buka sehari dua hidup. Jangan jadi manusia MUNAFIQ). Bila kebanggaan dijadikan matlamat, maka ia bukan satu lagi ibadah sebaliknya maksiat yang membawa dosa kerana bermegah-megah, riak serta sum`ah dengan harapan supaya orang lain mendengar, melihat dan memuji (mana ada mas kahwin di dalam Islam RM33,333,33? Ikut tarikh Gregorian pula tu. Ingatkan ikut Maal Hijrah; lebih afdhal. Bukankah riak dan menunjuk-nunjuk namanya. Kita nak lawan Baginda saw. ke? Melebihi Baginda saw. dari segala hal?) 


Juga, cukup jelas terdapat beberapa unsur khurafat dan karut di dalam persandingan yang bertentangan dengan Islam itu sendiri iaitu penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan dengan tujuan memberi semangat kepada pengantin bersandarkan kuningnya semangat padi DAN penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu. Hukum tebar beras kunyit dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat pun sudah jatuh SYIRIK dan BERCANGGAH dengan ISLAM. Ditambah lagi membaca jampi serampah yang mana bomoh atau pawang beriktikad membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka itu juga amalan syirik. 


Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Fatihah ayat 5 


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan 


Allah swt. berfirman lagi di dalam Surah Yunus ayat 107 


[107] Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani 


Sebelum bersandingkan kena BERANDAM. Perbuatan andaman yang mengabui dan merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Disebut di dalam Hadis HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud yang bermaksud: 


"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka (kecuali membuang bulu yang berupa janggut atau misai), wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah" 


Tabarruj iaitu berhias untuk dipamerkan (riak). Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 33 


[33] Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji) 


Sudah bersanding kenalah mengadakan walimatul 'urus secara besar-besaran. Hukum SEBENAR kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda Baginda saw. yang bermaksud: 


"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing" 


Bersanding juga membawa pembaziran dan pemborosan dan ini diCELA oleh ISLAM. Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Israa' ayat 26 


[26] Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau 




Firman Allah swt di dalam Surah Al-Israa' ayat 27 lagi 


[27] Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya 




Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian dan mas kahwin serta hantaran yang mahal. Adakah ini termasuk di dalam tuntutan RUKUN NIKAH? 


Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud: 


[286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya 


Firman Allah swt. lagi di dalam Surah An-Nuur ayat 32 


[32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui 




Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: 


"Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya" [HR Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi] 


Kesimpulannya dan ingatan semua, kita ini umat Muhammad saw. yang BERAGAMA ISLAM. Buat apa dan kenapa serta perlu apa kita mengikut amalan dan budaya orang kafir jahiliah. Umat Muhammad saw. kan umat yang mulia dan umat yang berbeza dengan umat-umat sebelumnya; berbeza iktiqadnya, berbeza amalannya, berbeza pakaiannya (menutup aurta) dan juga berbeza adatnya. Janganlah asyik kita ini mengaku Iblis laknatullah’alaih itu musuh kita dan ISLAM ITU PEGANGAN KITA TETAPI akhirnya kita juga yang menjadi penjilat punggung Iblis laknatullah’alaih yang sekarang mungkin dok gelak melihat kesesatan dan kemungkaran manusia yang lain 


Akhir kalam, renungkanlah sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: 


“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka” 


Dan soalan saudari yang bertanya berdosa atau tidak jika saudari dan bakal suami menuruti kehendak songsang ayah saudari yang tidak termaktub di dalam ISLAM, sudah pun saya JAWAB SECARA TIDAK LANGSUNG MENERUSI PENJELASAN DI ATAS. 


Jazakalahu khairan katsira 


Wassalammualaikum wbk.

Monday, 22 August 2011

dia kembali.....

2 hari lps, tibe2 dia add fb aku,trus ajak chat..mase 2 baru kul 6..the moment i c his request to fren,jntung aku gile laju..mulut pn tetibe terlafazkan 'b'....baru je accept,trus dia ajk chat..aduhaaiii...

aku t'sgt excited sbnrnya wlupn jauh di sudut hati aku,c 'abg' msh d c2..th npe..mule la kami pn btukar2 cite,bla bla bla sume..akhirnye tlontar 1 ptnyaan dp aku yg skian lame mnghantui hdup aku,r u married?...yes..he said yes..god...i dun even understand what i've to feel dat moment..all i know i felt very sad..tp dia kate, kn dia de bgtau dulu..mmg b..b mmg de bgtau..cma i je yg xnk mngrti masa 2..
Skg ni,dia dh de sorg dh ank..bby girl..by end of diz year,will add 1 more,insyaallah..looks like he can go on with his life after all..dgn egonye,aku pn bgtau aku nk kawin ujg thun ni...hurrmm..tp ssungguhnya,tau la b...i xpnh sklipn lupa kt b..sbb 2 jgk i cari b blk..but then,found u juz hurting my heart..i mnta maaf b..i xnk smpn pe2 dh..baik rindu mahupn terluka..wlupn hakikatnye i sgt la excited masa sembg ngn u..mmbuak2 rindu i kt u masa 2..tp......


kpd kwn2 i cik fera n cik aten, msti u all tau kn spe c dia 2..but dun worry..i xnk smpn pe2 dh pd dia..dia milik org wlupn jauh d sudut hati,i msh rindukan dia..life must go on kn..~~~

Saturday, 16 July 2011

beratnya dugaan!!!!

bulan ni trsa kewangan amat teruk..2 la...x reti mengatur kewangan..tghri td pulak,baru nk dpt sumber kewangan,sumber 2 leh ilg pulak..ya allah!!!! knpe la KAU duga aku cmni...aku dh xde duit dh...dgn trip ke penang lg mggu dpn...gaji lg 2mggu...th la cmne nk survive...tlg la ya allah!! lpg kan la rezeki aku..lgpun,aku de byk kucing yg aku save kn dp mati tepi jln..lau x krna kesenangan aku pn,lpgkan rezeki aku spya mudah aku nk bg kucing2 ni mkn dn sht sllu..~~

Sunday, 5 June 2011

impossible---------

I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did-------

And you were strong and I was not

My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did

And now when all is done

There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now

Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy

And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard

Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know--------

Thinking all you need is there

Building faith on love and words
Empty promises will wear
I know, I know--------

And now when all is gone

There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them 
Tell them all I know now
Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy

And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible!
Ooh impossible (yeah yeah)

I remember years ago

Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did

Tell them all I know now

Shout it from the roof tops
Write it on the sky line
All we had is gone now

Tell them I was happy

And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

I remember years ago

Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did..........

Sunday, 29 May 2011

PENATTTTT!!!!!

adakala terasa letih sgt..sgt penat.bkn bdn yg penat.tp hati,fikiran..penat berfikir..tah nape skg aku rase teramat penat smpai aku rase nk g tido dan berehat.nk lupakan semua masalah yg ada..nk delete sume tekanan yg menghimpit..

sgt lelah terasa masa ni..byk mslh??? th la..aku rase xde mslh pe pn.cume mslh keje je la..

kn bes andai hidup ni xde masalah..segalanya berlaku dgn mudah...tp,lau dh namanya kehidupan kn..xpnh sunyi dp masalah..lg pn, xde masalah,xde la cbrn..dh tntu nnti mnusia2 sume x kuat nk hadapi hidup..

teringat dulu masa kecik2, mslh yg kite de ialah bile gaduh dgn kwn2..tp,even smpai bile pn mslh ngn kwn ni ttp akn ada kn...ps2,mslh malas buat keje sekolah..keje berlambak2 nk buat..mmg susah nk ada 1 malam tnpa pgg buku latihan..nk2 musim2 exam..

tp skg..aku dh pn kje..tknn kje? bese la..tmpt mna xde tekanan kn..tp,bile dh besar ni,mcm2 bnda nk d fikirkan..bile dh kje,de gaji,nk kna rancang kewangan lg,byr 2,byr ni..dulu nk duit,hulur je kt ma abh,msti dpt..skrg di ibaratkan, pandai2 la ni idup..

2 baru hal kewangan je..hal yg sangkut lak dgn hal kewangan,hal kawen..kdg2,tensionnye la bile fkr bb ni..x d fikirkn kng,bile nk kawen..dh r kua b'dua2 an 2 pn x manis..smpai bile cmni tnpa ikatan..knl dh lama..org msti ckp,ko nk risau pe,ko pmpn,llki yg kena tanggung sume belanje kawen..adooii cek oi..lau nk hrp llki sorg,alamatnye,lps kawin mkn batu le..lau dh sebelom kawen pn xnk bkjesame,cmne dh kawen,dh de anak nnti,beban mkin btmbah 2 nk ltk kt bahu laki je ke..bek x yah kawen cm2..

mslh yg aku cite kt atas ni,mgkn mslh umum bg sape2 pn..tp mslh umum ni je dh mkn 50% space dlm otak aku..lg 50% nk sumbt lagi bnda2 len..mak aii...full kot..!!

Tuesday, 24 May 2011

no thorium radioactive in phg & malaysia!!

 ~mamat ni adlh warga australia. dia benci lynas sbb dia care ttg malaysia~
katakan TIDAK pd pembinaan kilang Lynas ..kilg ni akn mnghasilkan sisa radioaktif thorium yg akan bg kesan buruk ps manusia.spt yg pnh jd d bukit merah dulu, d mana kesan thorium ini meningkatkan jumlah kematian bayi dlm kandungn dn yg berjaya dilahirkan pula mengalami kecacatan kekal !!
hingga skrg kesan thorium d bukit merah masih ada dn menyebabkan pnduduk di kawasan itu masih menderita..

mereka akan ada selama 12 tahun krn kerajaan x kenakan cukai pd Lynas. tp,kesan buruk akibat 12 tahun mereka beroperasi,akan di hadapi oleh pnduduk dlm jgka masa yg lebih lama,berkali ganda tempohnya dr mereka beroperasi..

Monday, 23 May 2011

keciknye hati....

haaiiii...kciknye hati..nma kwn baik dp kecik,dh 10 tahun x jumpe.tp asal nk jumpe je cancel..
1st ajak,x boleh,sbb kena anta ambik adik blk sekola..
2nd ajak,x boleh,de exam.janji ps exam kua,senyap je..
3rd ajak g knduri kawen kwn skola dulu,cancel jgk.blk kg..

yg musykil 2...tiap kali ajak,cancel,x jadi..tp tup2 bbrape ri lps 2,kua la pulk gmbanye kt fb g bsukaria dgn kwn2..aii...lau x sudi,ckp x sudi..x la aku ternanti2 buah yg x gugur...

skg ni,suke ati ko la..aku dh mls nk ajak..lau ko rase msh nk keep in touch ngn kwn lama ko ni,bwk2 le contact..~~

Wednesday, 18 May 2011

jatuh cinta semula...hehe

sexy....
charming



alhamdulillah....

syukur sgt..skrg trsa seolah sumenye bjalan dgn lancar..dp kje hgga la ke khidupan personal aku..baru ni bincang dengan serius bb kawin..insyaallah ujg tahun ni..amiinn..
cumenye,aku ni aa x kurus2 lg...hihi...~~
                                                      ~~my sayang..~~
kau ttp d hati...bkn kjp masa kite bersama..moge segalanya berjalan spt yg di rancang dn direstui semua..

Monday, 16 May 2011

bos datang....!!!

haha...juz right b4 lunch,bos dtg melawat ku d tempat training..bpk la gabra..syg gk bos kt aku..hik3..
but,tengkiu very much 2 my doc and my tutor coz giving a gud comment n impress my bos..i'll be more rajin after diz,u have my word..
huhu...nsb bos pn ckp,dia impress dgn aku..huhu..hopefully psni,aku akn jd employee tbaek..chaiyyokk3!!!

Sunday, 15 May 2011

g la main jauh2 duhai kenangan silam...

Usah kau tangiskan pada cinta lama
Usah kau impikan kita 'kan bersama
Biarkan ia terus berlalu...
Bagaikan mimpi hilang di mata

Kini kau kembali merayu lagi
Kaitkan semula madah-madah cinta
Harapkan bebunga berputik semula
Yang telah lama...
Gugur ke bumi

Dalam sukma mimpiku
Ia telah berlalu
Cinta yang dulu suci
Bagiku tiada lagi...

Wednesday, 11 May 2011

diri ku hanya insan biasa...

2011,aku dah pun berusia 22 tahun..cpt masa berlalu..terasa mcm baru je lg aku masuk sekolah menengah.debaran masuk ke alam kolej pun masih lagi terasa..dan kini,aku dah pun berkerjaya..
setiap detik yg telah dilalui x lah sehebat mana..ada pahitnya, ada manisnya..ada masa indah,ada masa getir yang tiba..
aku anak kedua dari 4 org,dan i'm the only girl..org kate,ank tunggal perempuan manje,tp x pada aku,adik bongsu aku yg tetap memegang title ank kesayangan..
sekolah rendah aku kt bangsar,dn menengah aku bpindah2 menjadikan jumlah sekolah menengah aku adalah 3.. then diploma aku kt klj kesayangan,klj ptpl...
spnjg aku belajar,tah la..leh di katakan aku xde kawan yg betul2 rapat @ kawan baik..kt mana aku de,kat c2 la aku bt kwn baik..bile aku blah tmpat len,jrg sekali ber'contact'2an..kiranye,aku xde la childhood friend..or istilah kasar ckit, kawan smpai mati..xpo lah..aku ni pun kategori cpt panas..huhu..better like diz lor..
cukup la 2..serba ckit psl aku...